Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni)
Piagam Pelanggan
Kami warga Pusat Sukan Hal Ehwal Pelajar & Alumni dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk :-
Memastikan perkhidmatan kebajikan dan kesihatan pelajar mencapai tahap kepuasanĀ
Menyediakan khidmat latihan dan nasihat kepada pelajar dalam bidang keusahawanan
Menyediakan program kerohanian, moral dan sukan kepada pelajar untuk peningkatan sahsiah dan kecergasan pelajar
Mengurus penempatan pelajar semasa latihan pusat sebelum kejohanan berlangsung
Memberi perkhidmatan kaunseling secara profesional dan mesra pelanggan serta mengamalkan etika kerahsiaan
Memberi khidmat nasihat kepada kelab dan persatuan pelajar berkaitan dengan perlaksanaan program
Merancang dan menyediakan prasaraan peralatan sukan yang memuaskan untuk pembangunan pelajar
Menyediakan persekitaran kediaman yang selesa dengan dilengkapi kemudahan yang mencukupi
Menjalankan bimbingan kerjaya dan pengesanan graduan disamping membantu melaksanakan aktiviti atau program yang berkaitan dengan alumni
Mengurus semua aktiviti pembangunan pelajar dari segi latihan, pertandingan atau penyertaan di peringkat Inter-varsity dan Intra-varsity
Merancang dan menyediakan program berkonsepkan kenegaraan yang mencukupi bagi memupuk semangat perpaduan dan cintakan negara