Skip to main content

Pusat Sukan

Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni)

Soalan Lazim

Anda ada Soalan?
Kami ada jawapannya.

Adakah kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh Pusat Sukan boleh digunapakai oleh orang awam?

Kemudahan-kemudahan di Pusat Sukan turut disewakan kepada orang awam dengan kadar yang berpatutan. Sebarang pertanyaan sila hubungi Pegawai Sukan UTeM di Kompleks Sukan UTeM.

Apakah kemudahan sukan yang ada di UTeM?

Antara fasiliti sukan yang terdapat di Pusat Sukan UTeM ialah Stadium, Gimnasium Terbuka, Gimnasium Tertutup, Gelanggang Futsal, Gelanggang Bola Tampar, Gelanggang Sepak Takraw, Gelanggang Bola Jaring, Lapang Sasar Memanah, Gelanggang Petanque, Gelanggang Tenis, Padang Hoki Turf , Padang Bola Sepak, Padang Sofbol, Padang Ragbi, Padang Bola Jaring, Gelanggang Bola Keranjang, Gelanggang Badminton, Gelanggang Bola Baling & Meja Ping Pong.

Bagaimana untuk membuat tempahan kemudahan sukan oleh pelajar & Staf?

Pelajar atau staf perlu mengisi borang yang disediakan di kaunter atau memohon secara menghantar surat rasmi kepada Pusat Sukan UTeM.

Bagaimanakah cara untuk membuat pinjaman peralatan sukan oleh pelajar & Staf?

Pelajar & Staf perlu mengisi borang yang disediakan di kaunter atau memohon secara menghantar surat rasmi kepada Pusat Sukan UTeM

Apakah prosedur dan peraturan penggunaan kemudahan dan peralatan sukan di Pusat Sukan UTeM?

Pengguna kemudahan dan peralatan sukan perlulah mematuhi peraturan peraturan yang telah ditetapkan sebagaimana yang telah digariskan oleh Pusat Sukan UTeM

Apakah peranan utama Pusat Sukan UTeM?

Peranan utama Pusat Sukan UTeM adalah membantu menyediakan atlet-atlet untuk menghadapi kejohanan khususnya Sukan MASUM, SUKIPT dan sukan-sukan jemputan lain. Di samping itu, Pusat Sukan UTeM juga menganjurkan kejohanan-kejohanan seperti Sukan Antara Fakulti, Sukan Antara Jabatan, Temasya Olahraga Tahunan UTeM dan sebagainya

Berapakah unit terdapat di pusat sukan?

Terdapat 5 unit yang meliputi Unit Prestasi Tinggi, Unit Pembangunan Sukan, Unit Pengurusan Acara, Unit Pembangunan Sukan, Unit Pengurusan Sukan, Unit Fasiliti & Unit pentadbiran & Kewangan.

Adakan Pusat Sukan mempunyai sukan tumpuan?

Pusat Sukan UTeM telah dilantik oleh KPT untuk menyelaraskan 2 sukan Tumpuan iaitu, Pusat Sukan Tumpuan Berbasikal & Pusat Sukan Tumpuan Ping Pong.

Berapakah jumlah staf di pusat sukan UTeM?

Jumlah staf di Pusat Sukan UTeM adalah seramai 17 orang

Bilakan Kompleks Sukan UTeM dibina?

Kompleks Sukan UTeM telah dibina di Kampus Induk Durian Tunggal pada 1 April 2006 dan siap sepenuhnya
   
pada 30 Jun 2007.

Bagaimana cara untuk membuat Tempahan Kompleks Sukan oleh agensi luar?

Tempahan boleh dibuat melalui Surat Rasmi ke Pengarah Pusat Sukan, Hal Ehwal Pelajar & Alumni dan perlu dihantar di

      Pejabat Pentadbiran Pusat Sukan atau email kan kepada Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda memerlukan JavaScript untuk melihatnya.


Copyright © 2025 Universiti Teknikal Malaysia Melaka. All rights reserved.